Wednesday, January 2, 2013

Movie Review: Julie and Julia


Malam semalam aku menonton filem ni. Walaupun entah berapa kali dah aku tonton, tapi aku sentiasa nak tengok lagi. Salah satu sebab ialah jalan cerita nya simple tapi agak sweet. Bukan la cerita romantic tapi cerita bagaimana seorang blogger ni bertekad untuk berblog menceritakan bagaimana dia mencuba semua resipi masakan chef idola nya. Mereka dari dua zaman berbeza tapi filem ini berjaya utk mengharmonikan jalan ceritanya seolah-olah seperti berlaku serentak. Memang best.

Tapi sebab lain yang aku suka ialah makanan yang ditampilkan. Antara lain ialah chocolate pudding, bruschetta dan beef bourguignon. Bruschetta dah pernah cuba buat.. sgt sedap... nanti nak try yang lain pulak.

Untuk yg suka makanan barat, filem ini akan menggembirakan you all semua.. I am sure about that...

Happy watching..

Taking a long break from work

I will be visiting my doctor at Columbia Asia Hospital this afternoon to extend my MC. During my last visit, I thought I could go back to work after Christmas but I was wrong. My body was not prepared for it. I still have pain and difficulty to walk. So, I think I would do no good of returning to work but cannot do much in the office. Prolonged sitting and walking make my condition worse. Might as well I just continue with my physiotherapy sessions plus my chiropratic visits.

Will update more after my doctor's appointment..

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013


Lama sungguh dah tak berblog. Tetiba di tahun baru ni terasa macam nak update something. Entah lepas ni masih rajin untuk update blog atau tak. Tak ape.. janji, bila tiba tahun baru ada citer baru sikit kan :)

Tahun 2012 yang baru saja berlalu meninggalkan banyak kenangan sebenarnya. Sehingga pertengahan tahun, semua berjalan lancar rasanya sampailah akhir bulan September lalu yang membawa aku sampai ke hospital kerana penyakit yang aku alami menyerang sekali lagi. Dua tahun berturut-turut aku bercuti sakit agak lama. Dan tahun baru ni pun aku masih bercuti sakit kerana belum benar-benar pulih dari kesakitan. Mudah-mudahan aku dapat kembali bertugas selewat-lewatnya akhir Januari. Aku pun dah jemu sangat duduk di rumah. Maklumlah, dah biasa keluar bekerja sampai hujung minggu pun kerja, jadi bila bercuti ni rasa tak betah duduk diam aje.

Itu cerita sedih dan sakit. Tapi tahun 2012 juga lah yang telah memulakan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku. Semuanya berlaku dengan pantas. Cerita yang satu ini akan dicoretkan lebih mendalam nanti... bukan lah untuk menunjuk kepada sesiapa tapi ini adalah momento peribadi yang ingin aku abadikan di blog ini. Cukup untuk aku katakan yang aku sedang melewati saat-saat indah dalam hidupku.

Enough for now rasanya... nanti sambung lagi ok..

HAPPY NEW YEAR TO ALL :)